Powered by Blogger.

Perebutan Padang Di Serendah

Monday, April 20, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat sekelian.

1. Padang yang menjadi perebutan di antara penduduk dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di serendah salah satu tempat dari Daerah Hulu Selangor tidak seharusnya terjadi isu besar kerana tiada masalah yang tidak dapat di selesaikan.

2. Padang yang didakwa tersebut adalah milik MDHS dan kedudukannya terletak di luar kawasan sekolah berkenaan.

3. Penduduk di kawasan sekitar telah lama menjalankan segala aktiviti bersukan (Bermain Bola Sepak) di kawasan tersebut memandangkan tiada kemudah padang yang disediakan di kawasan meraka walaupun masih mempunyai tempat lapang yang terbiar dan tidak diusahakan oleh pihak MDHS.


4. Sekolah yang tidak mempunyai padang juga bukan sesuatu sekolah yang tidak pernah wujud selama ini mendangkan masih banyak sekolah umpanya di Kuala Lumpur yang tidak mempunyai kemudahan padang kerana masalah keluasan tempat yang terhad.

5. Menurut sumber, tidak seharusnya padang itu dirampas dari diguna pakai oleh penduduk setempat yang telah lama menjalankan aktiviti yang sihat untuk golongan Belia.

6. Pihak MDHS seharusnya perlu lebih peka dalam membuat segala susun atur agar tidak merugikan mana-mana pihak.

7. Bukan kerana sikap perkauman tetapi apa yang dipertikaikan ada logiknya kerana padang terbabit bukannya kawasan terbiar.

8. Jika tidak, kemaskinikan semula kawasan berhampiran yang masih terdapat keluasan yang lapang untuk mebina padang yang baru yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk tempatan.

Read more...

Rumah PPRT Hulu Selangor





Assalamualaikum dan salam hormat.

1. Saya dengan rasa penuh tanggungjawab ingin membongkarkan kisah Rumah PPRT di mana berlaku pembaziran akibat kelalaian pihak-pihak tertentu yang menjadikan rumah yang dibina di Daerah Hulu Selangor ini terbiar sekian lama.

2. Pada dasarnya objektif pembinaa Program Pembanggunan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah satu usaha yang murni dan prihatin dari kerajaan dalam membasmi kemiskinan di negara ini.

3. Namun tanpa pengurusan yang cekap dan melakukan dengan sambil lewa akan membawa kegagalan dalam perangcangan tersebut.




4. Apa yang berlaku ini bukan sahaja berlaku pembaziran malahan turut mengundang gejala yang tidak bermoral seperti menjadi sarang maksiat, tempat penagihan dadah dan segala keburukan boleh berlaku.

5. Saya turut melahirkan rasa kesal kerana pelbagai aduan telah dibuat namun dibuat bagaikan bola yang ditendang ke sana ke sini. Pihak Zakat penuding jari kepada Pihak Pejabat Daerah dan pejabat Daerah pula menyatakan ini di bawah bidang kuasa zakat.

6. Tidakah kita berasa bersalah kerana mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita. Bukan kerana kelemahan kerajaan tetapi kelemahan kakitangan yang menjalankan tugas.

7. Saya percaya terdapat banyak lagi kejadiaan sebegini. Diharap penyelesaian dapat dicapai dengan secepat mungkin kerana masih ramai lagi yang berkemungkinan lebih memerlukan tempat untuk berteduh dari dibiarkan kosong dan menggalakan pembaziran dan maksiat yang berlaku di Rumah PPRT di sekitar DAERAH HULU SELANGOR ini.

Read more...

Gantikan Sahaja Dengan YDP Yang Baru

Monday, April 13, 2009



Assalamualaikum dan salam hormat.

1. Dalam dunia mengharapkan perubahan kepimpinan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44 yang hangat diperkatakan sekarang, tidak kurang juga di Daerah Hulu Selangor yang mana penduduknya mengharapkan Yang Dipertua (YDP) baru yang mampu membawa perubahan serta pembaharuan yang berteraskan keprihatinan.

2. Tuan Tukiman Bin Nail adalah YDP Majlis Daerah Hulu Selangor yang di lihat tidak bermaya untuk menjadikan Daerah Hulu selangor sebagai Daerah yang kaya dengan hasil sendiri disamping kegagalan dalam menyelesaikan aduan yang dibuat oleh penduduk atau pengadu walaupun telah mengadu terus kepada beliau.Sebagai seseorang yang bergelar YDP seharusnya lebih peka,bijak dan tegas dalam membuat sesuatu keputusan bukan sekadar bijak untuk bagi alasan.

3. Adalah lebih baik agar kerajaan negeri mengambil langkah yang bijak untuk menggantikan sahaja YDP sekarang kepada YDP yang baru di Majlis Daerah Hulu Selangor ini kerana saya yakin ada lebih ramai lagi yang berkemampuan serta lebih layak untuk mengisi jawatan tersebut. Sudah tiba masanya membawa perubahan untuk Daerah Hulu Selangor jangan sampai Daerah yang ini terus ketinggalan dek kerana YDP yang lemah dan tidak bermaya.

4. Bukan bermaksud untuk memburukan mana-mana pihak tetapi apa yang dinyatakan di sini adalah kerana tanggungjawab dalam memberikan dan mengharapkan yang terbaik untuk Daerah ini dalam membawa pembaharuan dan perubahan demi kebaikan bersama.

Read more...

Majlis Daerah Hulu Selangor

Sunday, April 12, 2009



Salam semua.

1. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggunjawab di Daerah ini.

2. Daerah Hulu Selangor merupakan seuatu tempat yang sungguh damai dan harmoni. Pemandangan yang indah, udara yang segar, sungai yang cantik mampu mencairkan hati penggunjung yang hadir.

3. Tetapi ini semua tiada ertinya jika kita tidak mengendahkannya. MDHS seharusnya membuka mata dalam memperhalusi keadaan setempat. Memang daerah ini mempunyai 13 kawasan namun ini tidak seharusnya di jadikan alasan untuk terlepas pandang.

4. Banyak tempat di Daerah ini berpontensi menjadi kawasan-kawasan atau tempat-tempat sasaran kunjungan keluarga dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan sebagai contoh berkelah.

5. MDHS seharusnya mengkormersialkan tempat-tempat menarik tersebut disamping memajukan kawasan setempat kerana ini secara tidak langsung mampu memberi pulangan kepada MDHS sendiri selain menarik minat peniaga tempatan.

6. Terdapat banyak Tasik yang ada di Bukit Beruntung,Serendah dan begitu juga dengan Telaga Tujuh yang berpontensi menarik orang ramai jika ianya di perkemaskinikan.

7. Mudah-mudahan MDHS akan sedar dari lenanya kerana PBT lain yang ada di Selangor khususnya telah jauh mengejar kemajuan. Mengapa Daerah ini agak terkucil sedangkan dikurniakan tempat yang unik dan menarik. Cuma yang membezakan adalah cara kerja MDHS yang terlalu selesa.

Read more...

Salam Perkenalan

Salam kepada semua pelawat.

1. Saya berasa terpanggil untuk turut serta menggunakan teknologi IT dengan penuh kebaikan kerana saya percaya ada kebaikannya yang tersendiri.

2. Dengan adanya kesempatan saya, saya akan pastikan Blog ini terisi dengan segala isu--isu berkaitan Daerah Hulu Selangor yang mana selari dengan nama Blog ini.

3. Saya Mengalu-alukan segala jenis pandangan anda semua dalam menitiberatkan kebaikan bersama kerana tanpa anda siapa la Blog ini. Chewah... chewah...

Read more...

  © Blogger templates 1HuluSelangor by 1HuluSelangor 2010

Back to TOP