Rumah PPRT Hulu Selangor
Monday, April 20, 2009
Assalamualaikum dan salam hormat.
1. Saya dengan rasa penuh tanggungjawab ingin membongkarkan kisah Rumah PPRT di mana berlaku pembaziran akibat kelalaian pihak-pihak tertentu yang menjadikan rumah yang dibina di Daerah Hulu Selangor ini terbiar sekian lama.
2. Pada dasarnya objektif pembinaa Program Pembanggunan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah satu usaha yang murni dan prihatin dari kerajaan dalam membasmi kemiskinan di negara ini.
3. Namun tanpa pengurusan yang cekap dan melakukan dengan sambil lewa akan membawa kegagalan dalam perangcangan tersebut.
4. Apa yang berlaku ini bukan sahaja berlaku pembaziran malahan turut mengundang gejala yang tidak bermoral seperti menjadi sarang maksiat, tempat penagihan dadah dan segala keburukan boleh berlaku.
5. Saya turut melahirkan rasa kesal kerana pelbagai aduan telah dibuat namun dibuat bagaikan bola yang ditendang ke sana ke sini. Pihak Zakat penuding jari kepada Pihak Pejabat Daerah dan pejabat Daerah pula menyatakan ini di bawah bidang kuasa zakat.
6. Tidakah kita berasa bersalah kerana mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita. Bukan kerana kelemahan kerajaan tetapi kelemahan kakitangan yang menjalankan tugas.
7. Saya percaya terdapat banyak lagi kejadiaan sebegini. Diharap penyelesaian dapat dicapai dengan secepat mungkin kerana masih ramai lagi yang berkemungkinan lebih memerlukan tempat untuk berteduh dari dibiarkan kosong dan menggalakan pembaziran dan maksiat yang berlaku di Rumah PPRT di sekitar DAERAH HULU SELANGOR ini.