Powered by Blogger.

Jual Kuih Raya Tambah Pendapatan

Wednesday, July 21, 2010



1. Siapa yang tak mahu duit tambahan lagi musim raya bakal menjelma pastinya duit perlu digunakan. Orang kita kina makin bijak dalam mencari peluang asalkan ianya mendatangkan duit dan pastikan ianya halal.

2. Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah salah satu cara mendapatkan duit terutamanya pada musim raya. Kegiatan menjual kuih raya bukan sesuatu yang baru tetapi apa yang baru ialah menjadi pengedar VIP kepada 'Pemborong Kuih Raya Malaysia' tersebut.

3. Saya kagum melihat kejayaan anak tempatan yang bukan sahaja gigih berusaha malah sentiasa inginkan yang terbaik dalam perniagaannya. Saya kira konsep itu adalah konsep yang pertama digunapakai oleh pengusaha kuih raya di Malaysia amnya.

4. Terdapat 2 jenis kategori pengedar dari Pemborong Kuih Raya Malaysia terbabit iaitu pengedar biasa dan pengedar VIP. Yang membezakan pengedar biasa dan VIP itu ialah harga untuk mendapatkan kuih yang disediakan. Ini kerana pengedar VIP menerima harga jauh lebih murah dari pengedar biasa.

5. Pada saya tidak rugi jika menjadi pengedar VIP walaupun bayaran yang dikenakan cuma RM30 sahaja untuk seumur hidup manakala manfaatnya dapat di nikmati setiap tahun.




6. Langkah ini menjadikan keuntungan anda berganda walaupun sebagai pengedar tanpa perlu bersusah payah membuat kuih raya sendiri untuk cari duit tambahan. Ramai juga yang telah berjaya dan tidak keterlaluan jika dikatakan mereka ini setia dengan pengusaha pemborong kuih raya terbabit kerana pulangan mereka adalah lumayan.

7. Jika anda berminat untuk menjalin niaga sama dengan Pemborong Kuih Raya Malaysia tersebut sila klik di sini.

Read more...

Silapnya Penyokong Tegar

Wednesday, April 28, 2010

1. Keputusan Pilihanraya kecil di Hulu Selangor yang lalu berpihak kepada BN dengan majoriti 1,725 undi dan bukan 6,000 seperti yang dijangka mereka. Kini BN telah merampas semula kerusinya dengan taburan pelbagai janji dan ternyata berhasil.

2. Mungkin BN perlu sedar bahawa sokongan kepada mereka kali ini hanya berdasarkan janji mereka bukan dengan sokongan sepenuh hati dari pengundi malah rata-rata adalah pengundi katak bukannya penyokong tegar parti berkenaan.

3. Ada lebih baik menjadi penyokong seperti katak yang bisa lompat ke mana-mana tanpa rasa bersalah mahupun terkilan, jelas mereka mengundi bukan kerana kesetiaan kepada parti tetapi mereka mengundi kerana kepentingan mereka.

4. Mengikut maklumat, pengundi katak telah pun belajar dari kesilapan dan pengalaman mereka lalu menampilkan cara dan sikap baru yang berbeza dari sebelumnya. Kelebihan yang ada pada mereka lebih tinggi dari penyokong tegar BN kerana meraka lebih banyak menerima dari memberi.

5. Silapnya penyokong kuat dan setia ini tidak pandai untuk mengharapkan apa-apa dan oleh kerana itu lah mereka yang menyokong bagai nak gila tak dapat apa tetapi penyokong katak pula menerima pelbagai saguhati dari pihak BN.




6. Pengundi masa kini tidak lagi memandang perjuangan parti tetapi menoleh dan memilih kepentingan sendiri. Ini adalah isyarat jelas bahawa BN boleh jatuh semula pada bila-bila masa jika tidak mampu lagi meyakini rakyat.

7. Bahayanya politik tabur janji akan menyebabkan semakin ramai rakyat yang akan menjadi pengundi katak daripada pengundi tegar yang sentiasa menyokong parti dan kerajaan hasil dari semanggat kepartian dan perjuangan asli.

Read more...

Luahan Rasa Bekas Penyokong PR

Friday, April 23, 2010

Ini adalah luahan rasa hati dari para penyokong PKR yang sudah keluar parti, sila hayati senikata lagu ini. Lagu ini ditujukan khas dari bekas penyokong PKR kepada Anwar Ibrahim.

(Bekas Penyokong PKR)
yank (sayang) coba kau jujur padaku
yank (sayang) foto siapa di dompetmu
yank (sayang) kok kamu diam membisu
sayang jawab atau aku pergi sayang

reff:
aku tak mau bicara
sebelum kau cerita semua
apa maumu, siapa dirinya
tak betah bila ada yang lain

jangan hubungi ku lagi
ini bisa jadi yang terakhir
aku ngerti kamu, kau tak ngerti aku
sekarang atau tak selamanya

yank (sayang) jangan kira ku tak tahu
yank (sayang) tak mudah kau bodohiku
yank (sayang) tolong dengarkanlah aku
tapi sayang masih pantaskah (patutkah) kau ku panggil sayang

repeat reff

(Mungkin Anwar Ibrahim perlu Jawab begini)
saat kamu mau bicara
dan ku akan cerita semua
apa mauku, siapa dirinya
karna memang tak ada yang lain

terus hubungiku lagi
jangan bilang ini yang terakhir
aku ngerti kamu, kamu ngerti aku
aku sayang kamu selamanya

repeat reff




Dengarlah melodinya di bawah ini, ikut tempo dan sing lah ...



Moral of the story : Nak jadi pemimpin harus peka dan dengarlah suara hati Rakyat jika tidak ini bisa jadi yang terakhir....



Read more...

Siapa Zaid Ibrahim?

Thursday, April 22, 2010

1. Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat kemunculan mengejut dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor malam tadi, walaupun minggu lalu mengatakan tidak akan berkempen di sini, mengibaratkan calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim sebagai “katak.”

2. “Dulu dia dalam Umno jadi menteri, lepas itu dia melompat ke pembangkang… kaki belakang dia cukup kuat kerana sekarang dia dapat jadi calon pembangkang.“Kita tak sepatutnya pilih atau percaya orang yang suka melompat macam ini. Nasihat saya jangan pilih orang macam itu,” kata bekas pengerusi Barisan Nasional (BN) ini.

3. “Nanti dia mabuk entah apa yang dibuatnya. Dia tak berjudi tapi ada kuda lumba. Saya pun ada kuda 30 ekor tapi bukan kuda lumba. Dia mengakui ada kuda lumba tapi dia kata dia tak berjudi, saya tak faham ni,” kata Dr Mahathir lagi yang hadir ceramah di Serendah semalam.

4. Zaid Ibrahim dengan bangganya mengakui bahawa beliau adalah seorang peguam yang berjaya sedangkan Dr Mahathir semalam mendedahkan dan menggambarkan bahawa Zaid Ibrahim adalah seorang yang lupa diri kerana lupa atas jasa kerajaan yang memberinya dan menyerahkan kepadanya tugas surat perjanjian berkaitan kerajaan sehingga beliau sekarang mempunyai 130 peguam dibawahnya sedangkan mukanya pun kita tak pernah nampak di Mahkamah.

5. Pada Pilihanraya di Hulu Selangor kali ini Zaid Ibrahim membawa misi Anak Muda Kita, Tanah Kita & Air Kita seakan mengundang gelak ketawa Pengundi Hulu Selangor kerana ini semua akan diterangkan satu-persatu.




# Anak Muda

Kononnya ingin menukar Bukit Beruntung dan Lembah Beringin menjadi pusat pendidikan, perniagaan dan pembudayaan di Selangor bagi mengelak anak muda disini merantau ke kawasan lain. Zaid pernah menjadi ahli parlimen Kota Bharu dari tahun 2004 ke 2008. Beliau yang mewakili Barisan Nasional - UMNO mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat Jadi adakah selama masa itu beliau berjaya mewujudkan peluang pekerjaan agar Anak Muda di sana tidak berhijrah ke luar bagi mencari pekerjaan? Sudah tentu tidak sama sekali mungkin itu harapan untuk meraih undi.

# Tanah

Bermimpi akan menukar Hulu Selangor menjadi pusat utama Pelancongan Hijau (Eco) dan Warisan Semulajadi dalam negeri. Rasanya Hulu Selangor dah cukap hijau dengan pokok-pokok yang menghiasi kawasan sekitar dan telah dinobatkan sebagai kawasan bersejarah pun. Mungkin Zaid Ibrahim perlu pandang lebih jauh lagi untuk tanah ditempat kelahirannya kerana sehingga hari ini orang luar tidak dapat membeli tanah di sana berbanding sini semuanya bebas untuk dimiliki oleh sesiapa.

# Air

Semua Rakyat selangor dibekalkan dengan air yang bersih walaupun ada segelintir yang mungkin jauh kependalaman tidak dapat merasai sepenuhnya namun keadaan ini sama juga yang terjadi di negeri kelahiran Calon PR ini.

6. Misi yang diutarakan tidak lebih dari meraih undi bukannya sebulat hati. Rakyat Hulu Selangor akan sendiri menilai siapa sebenarnya Zaid Ibrahim sebab orang Hulu Selangor cukup geli dengan katak.

Read more...

Temubual Calon BN

Wednesday, April 21, 2010

Temubual yang mengandungi 21 soalan diantara Datuk Ahmad
A Talib (pengacara) dan calon Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor, P
Kamalanathan baru-baru ini menarik untuk dipersoal.

Sebagai seorang yang berfikiran bebas daripada belenggu politik
kepartian, saya agak sangsi dengan dakwaan Kamalanathan yang menggelar
dirinya sebagai 'anak 1Malaysia' Apakah dengan hanya petah bertutur
bahasa Malaysia dan mampu mengalirkan air mata buaya disisi seorang
makcik tua berbangsa Melayu ketika berkempen di Hulu Selangor sudah
melayakkan dirinya dinobat sebagai 'anak IMalaysia'? .

Mungkin 'anak 1Malaysia' yang dimaksudkan beliau hanya pada namanya
saja iaitu Kamalanathan. Kamal nama Melayu, Alan nama anak Cina,
Nathan pula nama seorang India (ketawa).

Calon BN itu membuat kesilapan besar pada sesi soal jawab ke #8.
Beliau mengatakan bahawa kefasihan berbahasa Melayu dikalangan rakyat
Malaysia sebagai sesuatu yang tidak penting (transkrip perbualan tidak
dirakam dalam artikel dibawah)

Kamalanathan juga mengakui bahawa beliau dan keluarga tidak mengguna
bahasa kebangsaan ketika berinteraksi sesama ahli keluarganya. Mereka
hanya mengguna bahasa Tamil dan Inggeris saja. Anak 1Malaysia apa
kejadah namanya kalau macam itu?

Lihat rakyat Indonesia, etnik Cina di sana bukan saja petah bertutur
dalam bahasa Indonesia malah mereka juga turut menggunakan bahasa
tersebut ketika berbual dengan anak-anak dan pasangan masing-masing.
Berkemungkinan besar, bahasa Indonesia juga turut digunakan mereka
ketika berkomunikasi diranjang.

Berikut adalah butiran temubualnya:

Soalan #1: TERIMA kasih saudara Kamalanathan kerana sudi meluangkan
sedikit masa ke studio TV3. Saya hendak tanya satu soalan, pada hari
saudara dipilih dan diumum sebagai calon untuk Hulu Selangor, saudara
buat satu ucapan. Dalam ucapan itu saudara kata ‘saya anak 1Malaysia’.
Saya tak pernah dengar lagi seseorang berkata demikian, boleh saudara
jelaskan.

Terlebih dulu saya ucapkan terima kasih kepada pihak TV3 kerana sudi
jemput saya. Ucapan pada hari itu bukan ucapan yang dibuat-buat, ia
spontan. Apabila saya dalam proses menyediakan teks ucapan saya, saya
tidak mahu cakap banyak tapi mahu yang praktikal, sesuatu yang boleh
diterima dan diharap boleh membawa Malaysia ke persada berbeza. Pada
masa itu, wujudnya pada pemikiran saya konsep 1Malaysia yang
diilhamkan Perdana Menteri. Maka apabila saya menilai dan melihat
konsep yang diwujudkan Perdana Menteri, saya lihat apakah yang
dimaksudkan sebagai 1Malaysia. Apakah nilai yang terpendam dalam
1Malaysia.

Saya lihat dalam semua aspek, pergaulan saya dengan rakan saya,
bagaimana penerimaan rakan terhadap saya secara keseluruhan dan
keupayaan bermesra dengan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan
latar belakang mereka sama ada kaya, miskin. Ciri 1Malaysia, bagi saya
bukan saya ada ciri ini, ramai.... beratus-ratus ribu anak Malaysia
yang bercirikan 1Malaysia. Inilah yang merumuskan pendapat saya yang
mungkin saya harus gunakan. Saya tak tahu pada masa itu ungkapan ini
diterima atau ditertawakan orang ramai, tapi saya sedar ungkapan ini
bukan saja diterima tapi saya gembira kerana konsep 1Malaysia yang
bukan saja memperkasa negara kita, tetapi membina negara yang
mempunyai identiti pelbagai kaum.

Soalan #2: Sekarang ini rata-rata kita dengar Kamalanathan, namanya
pun 1Malaysia, Kamal nama Melayu, Alan nama Cina, Nathan nama seorang
India. Boleh dikaitkan kenapa begini.

Saya terlebih dulu mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya sebab
mereka berfikiran jauh ketika melahirkan saya. Anak yang dilahirkan
itu dinamakan Kamalanathan, mungkin suatu hari menjadi calon (Barisan
Nasional) BN. Saya juga gembira ketika Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan nama saya sebagai calon, dia kata
nama ini nama 1Malaysia.

Soalan #3: Ketika saudara dipilih sebagai calon, apa perasaan saudara,
saya percaya mungkin rasa terkejut, gembira... boleh saudara huraikan
sedikit.

Pada masa itu, jam lebih kurang 12.30 tengah hari, saya bersama
beberapa rakan sedang bersiap sedia untuk ke Bukit Sentosa mendengar
pengumuman siapa calon BN. Ketika itu saya terima panggilan daripada
presiden parti (MIC), yang meminta saya bersiap sedia ke sana. Saya
terkejut dan tak malu untuk menyatakan pada masa itu saya menangis,
tangisan terkejut, air mata saya keluar, kerana tangisan itu mungkin
saya teramat gembira dan terkejut. Saya diberi tanggungjawab yang
begitu besar kerana Parlimen Hulu Selangor bukan satu kawasan yang
kecil, ia besar dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula namakan calon
sebelum itu. Hanya satu dalam fikiran saya, ini tanggungjawab besar
dan kiranya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sudah membuat
keputusan bersama presiden parti, saya juga ada sesuatu untuk
ditawarkan kepada rakyat, saya terima pencalonan itu.

Soalan #4: Difahamkan saudara sudah turun bekerja untuk membantu calon
BN sebelum itu.

Benar, saya sebagai Ketua Penerangan MIC dan Penyelaras Kebangsaan
bagi Putera MIC diberi tanggungjawab untuk memastikan semua aspek
dalam proses pilihan raya kecil ini dilaksanakan dengan lancar. Saya
sibuk mewujudkan Facebook, Twitter dan blog untuk mempromosi calon
yang akan dicadang MIC dan diterima BN. Saya berjumpa pengundi untuk
membuat kajian pendekatan orang ramai, apa yang perlu dilakukan.



Soalan #5: Apa komen isteri bila tahu saudara akan jadi bertambah
sibuk, apa kata dia.

Bila saya maklumkan kepada isteri bahawa saya dinamakan sebagai calon
BN, dia lebih yakin daripada saya dan ibu bapa saya juga turut yakin,
begitu juga anggota keluarga saya yang lain. Mereka sedar bahawa saya
ini umpama sudah berkeluarga dengan rakyat, mereka nyatakan ‘you ini
pentingkan kerja politik daripada rumah tangga, tanggungjawab sebagai
suami, anak terabai, kurang perhatian”. Bagi saya ia memang benar dan
saya cuba sedaya upaya untuk laksanakan tanggungjawab sebagai anak,
suami, abang, saudara, kawan... saya cuba tetapi mereka sedar sejak
kebelakangan ini bila saya dilantik sebagai Ketua Penerangan parti,
saya asyik keluar memberi penjelasan kepada rakyat, konsep, polisi
parti.

Soalan #6: Bagaimana dengan ibu bapa dan isteri, adakah mereka turun
sekali membantu kempen.

Ibu bapa saya bersama saya sejak hari penamaan calon, begitu juga
isteri saya. Mereka bersama saya setiap hari, berkempen dari jam 6
pagi hingga 2 pagi, balik rumah pula saya ada mesyuarat strategi
dengan rakan yang mengambil masa antara 45 minit hingga satu jam.

Soalan #7: Menyingkap zaman awal ketika dalam persatuan, pertubuhan
bukan kerajaan (NGO), berapa lama aktif dalam politik.

Saya menjadi ahli MIC sejak usia 18 tahun, jadi ahli biasa dan tahun
ini saya melalui tahun yang ke-26. Saya aktif dalam politik sebab ayah
saya pun aktif dalam MIC dan saya ikut jejak langkah beliau. Walaupun
ayah saya aktif, dia hanya aktif pada peringkat cawangan dan pernah
jadi ahli Majlis Daerah Selayang. Saya nampak semangat kecenderungan
dia dalam politik untuk bantu orang ramai. Pada masa itu, saya lihat
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu juga begitu aktif menyelesaikan
masalah rakyat dan saya lihat di sanalah wujudnya politik pada diri
saya. Politik ada pada jiwa saya, khidmat masyarakat pun ada dalam
jiwa saya.

Soalan #8: Satu perkara yang saya dapati bila saudara bercakap dengan
orang ramai, mereka kata saudara fasih berbahasa Melayu. Saya kira
setiap orang patut fasih, tetapi kefasihan saudara buat orang ramai
rasa suka, senang. Di mana saudara dapat belajar dan bertutur bahasa
dengan fasih.

Saya berasa setiap orang yang ingin, suka atau fasih bahasa Melayu,
mereka perlu memahami maksud bahasa itu. Bahasa Melayu bagi saya
bahasa yang unik, mudah difahami dan tidak begitu sukar. Saya harus
berterima kasih pada cikgu saya yang mengajar Bahasa Melayu ketika
saya di Sekolah Rendah Sinaran Budi dan Sri Gading, iaitu pendidikan
awal saya di Rawang. Mereka tanam benih awal dan saya lihat ramai
orang bila mereka cakap bahasa Melayu, saya selalu teringat saya ingin
cakap bahasa Melayu seperti mereka. Saya ini agak fanatik, tak suka
apabila kita ‘mengenglishkan’ bahasa Melayu sebab bahasa ini ada
ayatnya sendiri, tetapi ada pihak yang tak bagi penekanan dalam bidang
itu untuk memudahkan bahasa Melayu.

Soalan #9: Adakah saudara boleh bertutur bahasa lain selain bahasa
Tamil, Inggeris dan bahasa Melayu

Saya jika nak cari makan, Mandarin bolehlah sikit-sikit. Saya belajar
daripada jiran saya beberapa ayat, tetapi bila saya cakap bahasa ini,
jika ada maklum balas yang saya faham, saya jawab balik, mereka pun
kadang-kadang terkejut, mereka ingat saya tahu lebih daripada itu.
Saya suka belajar bahasa.

Soalan #10: Dalam politik, adakah itu satu kelebihan.

Memang... tidak dapat dinafikan ia adalah satu kelebihan besar. Siapa
yang ada lebih tiga atau empat bahasa akan main peranan penting kerana
ia menunjukkan bahawa anda boleh berhubung dengan masyarakat pelbagai
kaum. Dengan isteri saya cakap bahasa Tamil dan Inggeris, dengan
keluarga saya di rumah saya guna bahasa Tamil, saya jarang bercakap
dengan keluarga guna bahasa Melayu. Saya baca surat khabar Melayu dan
saya tengok berita pun berita bahasa Melayu. Saya juga baca kamus.

Soalan #11: Dalam mana-mana pilihan raya, orang yang mengundi akan
menaruh harapan kepada wakil mereka tidak kira siapa. Bagi saudara,
jika menang, apa keutamaan yang saudara akan beri.

Ketika memberi ucapan ketika bertemu, bermesra dengan kawan atau
pengundi di Hulu Selangor, saya cakap dengan mereka bahawa saya tidak
janji ‘bulan atau bintang’. Saya cakap saya akan buat yang terbaik,
berjanji buat yang terbaik kepada rakyat. Mungkin sesetengah orang
rasa ia tidak cukup, tetapi bagi sesetengah orang berasa lebih
daripada cukup, ia berbeza. Keutamaan saya ialah keperluan asas. Hulu
Selangor adalah satu kawasan luar bandar dan keperluan asas menjadi
satu keutamaan penting yang akan saya beri keutamaan. Yang kedua, Hulu
Selangor ada banyak kawasan tanah yang kita boleh buat pembangunan dan
kerajaan BN memang memerlukan tanah itu dan boleh melakukan
pembangunan sewajarnya.

Saya juga sudah melawat Felda. Misalnya, tanaman kelapa sawit, dengan
teknologi yang ada, kita ada kerajaan yang boleh bantu mewujudkan
bio-diesel guna pelepah kelapa sawit. Ini perlu diberi keutamaan
kerana ia memberi sumber pendapatan.
Selain itu, aspek yang perlu diberi penekanan, termasuk penubuhan
institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seperti dicadangkan Perdana
Menteri baru-baru ini, dengan menubuhkan Universiti Teknologi Mara
(UiTM). Ini penting kerana kita sedar bila IPTA diwujudkan di sana,
banyak pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan, industri wujud, rumah
sewa naik, kedai baru dibuka, peluang pekerjaan untuk rakyat di Hulu
Selangor.

Soalan #12: Boleh bagi anggaran, masa bila saudara jumpa pengundi,
tadi saudara sebut jam 6 pagi, itu kempen pertama atau masa di rumah.

Saya bangun jam 6 pagi dan bersedia 30 minit kemudian. Pertama saya
pergi ke pasar berdekatan memandangkan saya tinggal di Rawang. Saya
kenalkan diri sebab saya orang baru. Lepas itu, program rasmi bermula
jam 8.30 pagi, saya akan melawat semua pejabat jentera pilihan raya
BN, lebih kurang 40 hingga 45 jentera BN di seluruh Parlimen Hulu
Selangor sudah dilawati, tinggal beberapa lagi yang tidak dapat
dihabiskan, mungkin selepas ini sambung sepenuhnya. Lepas itu, lawatan
akan diteruskan ke tempat lain, berjumpa dengan ramai pengundi. Mereka
jemput saya secara ikhlas, memandangkan saya ada tanggungjawab, saya
kena pergi.

Mereka ingin bertemu dan nak kenal Alan, Nathan dan Kamal, iaitu 3
dalam 1. Saya dengar rintihan dan keluhan mereka. Mereka tanya satu
saja, mengapa kita harus undi BN. Senang saja saya kata saya akan buat
terbaik, beri saya peluang. Jika rasa saya tak baik, Pilihan Raya Umum
Ke-13 tak jauh, boleh hukum saya, tapi siapalah Ahli Parlimen yang
hendak kerja singkat. Saya akan buat terbaik demi Perdana Menteri yang
iktiraf pencalonan saya. Saya harus buat yang terbaik... demi parti.
Sekiranya saya gagal, kegagalan ini bukan saja hampakan saya, tetapi
hampakan ramai insan yang percaya Kamalanathan ini boleh beri
perkhidmatan. Saya rela hampakan diri saya, tetapi saya tak mahu
hampakan mereka yang akan undi saya.

Soalan #13: Jika bandingkan dengan kempen pilihan raya umum lalu yang
saudara turun dan dibanding pilihan raya kecil ini, boleh terangkan
sedikit, bagaimana tekanan dulu dan tekanan sekarang dan jangkaan
orang ramai, harapan mereka terhadap saudara.

Pilihan raya umum berbeza dengan pilihan raya kecil. Pilihan raya umum
ramai sangat bertanding, seluruh negara, jadi tidak ada fokus, tumpuan
kepada semua kerusi Parlimen di seluruh Malaysia. Pilihan raya kecil
fokus kepada satu kawasan saja, semua bertumpu, termasuk media. Itu
yang beri cabaran. Apa pun kita harus teruskan seberapa berat mana
cabaran itu harus terima dengan hati terbuka.

Soalan #14: Dalam kempen lalu yang saudara pernah bantu mungkin
berlaku kesilapan, jadi kesilapan macam mana harus dielakkan.

Paling pertama, fitnah. Kita tidak harus wujudkan fitnah. Dalam
perjumpaan saya dengan semua pengundi, saya katakan mungkin mereka
yang wujudkan fitnah ini satu hobi, tetapi saya beritahu mereka,
sesiapa yang buat begitu akan terima balasan, masa itu manusia akan
sedar fitnah yang dibuatnya.

Soalan #15: Bagi saudara yang baru, muda, mungkin belum ada sesiapa
yang membuat fitnah.

Saya berdoa, saya juga tak wujud fitnah pada orang lain dan saya harap
mereka juga tidak berbuat demikian. Saya juga memaklumkan kepada rakan
seperjuangan saya, kita hanya berkempen apa yang saya boleh buat,
pencapaian saya, apa BN boleh lakukan, saya berkempen atas kejayaan BN
dan saya akan berkempen terhadap apa Kamalanathan boleh capai
sekiranya diberi peluang.

Soalan #16: Saudara harus sedar jika kita membuat janji, kita dipegang
pada janji, manusia dipegang pada janji, lembu dipegang pada tali.
Jadi jika gagal laksana tugas dengan baik dan kalau orang tak percaya
Kamalanathan akan dihukum, bagaimana penerimaan orang ramai terhadap
saudara apabila turun berjumpa mereka.

Apabila bertemu dengan mereka, saya hanya dapat berjanji beberapa
perkara. Satu, diri saya untuk memberi perkhidmatan yang diperlukan
rakyat di Hulu Selangor. Kedua, saya tidak kisah sama ada saya diundi
atau tidak, saya akan tetap teruskan perjuangan membantu rakyat. Sebab
saya sudah beri perkhidmatan kepada rakyat sejak 26 tahun lalu, saya
pernah ditewaskan dalam beberapa pemilihan parti, jadi saya berpegang
pada janji, iaitu perkhidmatan saya. Saya akan dengar rintihan mereka,
akan cari penyelesaian sebab saya berterus-terang dengan mereka.

Soalan #17: Seseorang yang berkhidmat untuk masyarakat, ada ikon yang
menjadi pendorong. Bagi saudara selama 26 tahun berkhidmat dalam
parti, boleh saudara terangkan sedikit siapa individu yang menjadi
obor kepada perjuangan.

Ramai... ramai pemimpin Malaysia yang saya ikut jejak langkah mereka
kerana setiap pemimpin mempunyai keunikan masing-masing. Saya ambil
yang terbaik daripada setiap pemimpin ini dan menggunakan, memahami
cara pimpinan mereka untuk membantu saya melangkah ke hadapan. Antara
pemimpin yang saya lihat contoh terbaik dalam aspek berbeza ialah
Datuk Seri S Samy Vellu; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi; seorang lagi pemimpin yang saya
hanya kenali rapat beberapa hari lalu dan saya begitu tertarik dengan
cara dia menegur, memberi nasihat pada saya, ialah Tan Sri Muhyiddin
Yassin, cara percakapannya amat merendah diri, nasihat diberi begitu
bernas. Saya juga tertarik dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak sebab beliau mempunyai banyak idea baru, termasuk memberi
penekanan kepada masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, saya tertarik
dengan pemimpin seperti John F Kennedy, Nelson Mandela, Mahatma Gandhi
dan Barack Obama. Ramai lagi pemimpin berjasa dan menunjukkan cara dan
inisiatif baru menjayakan negara mereka.

Soalan #18: Selepas ini saudara akan menjadi lebih sibuk dan ini akan
mencuri banyak masa, hobi umpamanya. Saya tak tahu sama ada saudara
main golf, suka membaca. Apa hobi saudara dan bagaimana hendak
meneruskan hobi ini.

Hobi saya suka memandu, sebab bila memandu seorang diri, saya berfikir
apa yang harus saya lakukan. Selain itu, saya suka merantau, membaca
biografi. Saya juga pernah ke ‘driving range’ beberapa tahun lalu
untuk belajar golf, saya masih di ‘driving range’. Mungkin kerana saya
tak berapa minat dengan golf, tetapi saya suka bowling, squasy,
badminton, saya juga suka bola sepak dan saya menunggu Piala Dunia
pada Jun ini, diharap negara pilihan saya, England, menang.

Soalan #19: Apa yang menjadi pendorong, selain daripada pemimpin dunia
dan tempatan, apa yang mendorong kepada saudara untuk mempunyai
semangat berkhidmat.

Kecenderungan yang tinggi, ‘passion’. Saya dalam parti 26 tahun
sebagai pekerja parti, saya berkhidmat dalam Institut Perhubungan
Awam, saya buat sebab saya suka apa yang saya buat. Saya tak perlu
ganjaran untuk melakukan kerja ini. Perkataannya ialah ‘passion’ dan
ini akan meneruskan perjuangan saya. Saya percaya apabila saya diberi
tanggungjawab oleh presiden parti untuk tubuh Putera MIC untuk mencari
ahli, saya kata pada Putera, jangan harap ganjaran sebab ganjaran itu
tidak akan datang, ia datang bila kita bagi perkhidmatan, bila
perkhidmatan kita ikhlas, ganjaran itu akan datang.

Soalan #20: Pernah ada orang datang (ucap terima kasih).

Pernah... bila kita bantu seorang pelajar masuk ke IPTA, dapat bantuan
dan kita cakap awak berjaya dapat tempat dalam IPTA selepas percubaan
pertama gagal, mereka gembira dan berterima kasih. Saya kata saya
tidak buat apa-apa, saya hanya jambatan, tetapi awak ada kelayakan,
awak harus dapat apa yang awak perlu dapat, saya hanya jadi jambatan
untuk memudahkan perjalanan awak.

Soalan #21: Sudah ada tanda perkhidmatan saudara dihargai. Apa harapan
saudara pada pilihan raya ini.

Saya harap 60,000 pengundi di Hulu Selangor beri saya satu peluang.
Satu peluang ini bagi saya, saya akan buat yang terbaik. Saya akan
beri perkhidmatan 120 peratus, dan saya datang dari Rawang bukan jauh
dekat saja, tetapi saya khuatir kerana mungkin saya tak dapat jumpa
60,000 lebih pengundi di Hulu Selangor. Saya akan sedaya upaya jumpa
seberapa ramai pengundi, tetapi sekiranya saya tidak dapat jumpa, jari
sepuluh saya susun. Saya mohon maaf, tapi jika saya diberi peluang
saya berikrar akan jumpa pengundi dalam masa terdekat. Dalam masa enam
bulan pertama ini saya akan jumpa semua pengundi untuk mengenali
mereka dengan lebih dekat. Saya menyatakan ini kerana saya mencari
kawan bukan lawan di Hulu Selangor.


Read more...

Kemana Hilangnya Penyokong PR

1. Dengan kesempatan ini eloklah didedahkan pandangan Pengundi Hulu Selangor tentang parti Pakatan Rakyat (PR) yang sekaligus mampu menjawab persoalan kemanakah hilangnya penyokong PR.

2. PR pada era kebangkitannya memang disambut dengan gelombang reformasi yang bersemangat dari akar umbi dan auranya terselah sehingga mampu merampas beberapa buah Negeri kepunyaan BN pada PRU lalu. Ini adalah disebabkan perjuangan PR dalam menegakan keadilan, menghapuskan rasuah dan amalan kroni serta memberi harapan baru kepada negara untuk membawa perubah yang diimpikan.

3. Peredaran masa menyerlahkan lagi kekurangan PR kepada umum kerana semakin lama masa berputar semakin ramai yang membuat keputusan untuk meninggalkan parti ini. Misi Perjuangannya makin tersasar, perpaduannya makin longgar dan malah diperlihatkan lebih teruk dari BN.

4. Kematangan Rakyat untuk memilih tidak lagi menjadi persoalan kerana rata-rata kini lebih peka dengan segala isu semasa termasuk prihal yang berlaku di dalam Parlimen.

5. Dalam paparan kali ini akan merungkai dan menjawab soalan kemana hilangnya penyokong PR yang semakin lama semakin lemah sokongannya. Yang pertama, lihat sahaja gelagat YB PR dalam Parlimen yang diberi mandat oleh Rakyat tidak menyerlahkan diri seperti YB ataupun orang yang berhormat tetapi sudah kelihatan macam Orang utan di dalam Parlimen yang lebih teruk gelagatnya dari budak sekolah rendah.

6. Isu paling dikesali ialah bekas Menteri Besar Perak (Nizar) yang memohon derhaka kepada Raja. Jelas tidak langsung menghayati rukun negara untuk setia kepada Raja dan Negara malah mencabar Institusi DiRaja. Tindakan untuk mengadakan sidang DUN di bawah pokok mungkin terpengaruh cerita lagenda P.Ramlee (Negeri pasir dua butir) yang mengelikan hati mata yang memandang.

7. Tidak ketinggalan juga isu yang menimbulkan kemarahan Oran Melayu iaitu ingin menghapuskan hak Orang Melayu walaupun telah termaktub di dalam Perlembagaan negara agar isu ini tidak berbangkit. Kerana terlalu taksub dengan menagih sokongan penyokong Bukan Melayu PR sanggup menukar Ketuanan Melayu kepada Ketuanan Rakyat ini merupakan penghinaan besar kepada Orang Melayu.

8. Isu kalimah Allah juga turut memberi kesan dan mempengaruhi kehilangan penyokongnya. Dalam hal ini PAS selaku sekutu PR pun dilihat hambar dan lemah untuk mempertahankan Kalimah Allah hanya untuk Orang Islam malah bersekongkol dengan Keadilan dan Dap untuk meletakan kepentingan politik melebihi dari segala-galanya.




9. Laungan untuk menghapuskan amalan kroni dan rasuah juga hanya cakap kosong dan ini terbukti penangkapan beberapa orang Ahli majlis dari PR ditangkap kerana menerima rasuah dan menerima habuan seks. Yang paling menduka-citakan ialah nak ambil tempahan kuih raya pun nak pilih bulu.. teruknya..

10. Daripada masalah besar hingga kes yang kecil PR tidak mampu memulihkan dan menyelesaikan masalah apatah lagi untuk mengembalikan keyakinan Rakyat kepada mereka dan kesannya separuh dari penyokong mereka menghilang dan separuh lagi jadi katak melompat ke BN

Read more...

Kerana Apa Calon Bebas Hilang

Tuesday, April 20, 2010

1. Dalam ura-ura bahawa pengundi Hulu Selangor bakal memberi mandat kepada calon bebas akhirnya tidak menjadi kenyataan malah terpaksa menyaksikan 1 lawan 1 antara BN dan PR berbanding sebelum ini 2 calon bebas yang menawarkan diri iaitu V S Chandran dan Johan Mohd Diah untuk bertanding pada pilihanraya kecil di Hulu Selangor pada 25 April ini.

2. Kerana apa calon bebas yang pada mulanya bersemanggat dan berkobar akhirnya terkorban di tengah jalan? Mengikut hukum akal mana mungkin seorang calon bebas itu berani membuat sesuatu yang memalukan diri sendiri dengan menarik diri sebelum bertanding.

3. Tetapi yang terjadi berlaku sekali dua calon bebas berundur dari meneruskan pertandingan dan bertekad untuk memberi sokongan kepada BN. Kerana apakah hal ini berlaku? Adakah tekanan yang kuat oleh pihak-pihak tertentu ataupun disogok untuk memenuhi tembolok calon bebas berkenaan?

4. Saya secara jujur tidak menuduh adanya dalang bagi memperlihatkan calon bebas berkenaan menarik diri tetapi berasa pelik apabila kedua-duanya sudi memberi sokongan kepada BN untuk menghadapi pilihanraya kecil di Hulu Selangor ini.

5. Mungkinkah kedua-dua calon bebas itu menyenaraikan diri untuk bertanding semata-mata untuk popular tanpa ada sebarang agenda yang untuh untuk membawa Hulu Selangor ke paras yang terbaik.

6. Seperti yang sedia maklum bahawa parti BN dan PR telahpun diberi ujian dan keyakinan untuk memperjuangkan nasib penduduk dan juga pengundi Hulu Selangor namun kedua-duanya adalah serupa tapi tak sama.

7. Banyak lagi isu yang tak dapat diselesaikan baik dari BN mahupun PR memerintah misalnya tanah di Sungai Buaya semasa era pimpinan Tan Sri Muhammad bin Haji Muhammad Taib, tanah penduduk dibeli untuk pembanggunan namun pemilik tanah berkenaan tidak mendapat wang seperti yang dijanjikan.

8. Pemilik rumah di Bukit beruntung kerugian besar apabila nilai rumah meraka jatuh berlipat kali ganda dari harga asal dan kini memperlihatkan Bukit Beruntung sebagai pekan koboi yang pembanggunannya terencat.




9. Di serata Hulu Selangor jelas lebih ketinggalan dari daerah-daerah lain yang ada di selangor yang menunjukkan kemajuan sedangkan Hulu Selangor jauh tercicir dan ini sekali gus menyukarkan Penduduk Hulu Selangor meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka dan kebanyakkan dari mereka adalah berpendapatan meskin dan tidak kurang juga meskin tegar yang mana pendapatan mereka hanya mencecah RM 400 sahaja.Lihat sahaja Kuala Kubu Bharu (Hulu Selangor) dan bandingkan dengan sempadannya Tanjung Malim (Daerah Negeri Perak) jelas Hulu Selangor jauh kebelakang.

10. Dan banyak lagi kupasan yang saya tidak huraikan kerana saya percaya semuanya sedia maklum cuma saja menutup mata dan memekakkan telinga masing-masing dari terus menjawab persoalan yang dilontarkan. Baik BN mahupun PR isu ini semua dipandang rendah maka adalah menjadi kesalan Penduduk Hulu Selangor yang baru ingin merasakan khidmat Ahli Parlimen Bebas tidak kesampaian bahkan terpaksa memilih yang antara duanya memang bukan pilihan di hati.

Read more...

Permintaan Rakyat 1 Hulu Selangor

Monday, April 19, 2010

1. Rakyat Hulu Selangor kian meluat dan bosan dengan perkembangan pelbagai kempen di sini yang dianjurkan baik dari BN mahupun PR kerana pergi ceramah BN orang PR diburukkan dan begitu juga singgah di ceramah PR orang BN di kutuk-kutuk.

2. Jadi Rakyat Hulu Selangor dikelirukan dengan permainan politik oleh kedua-dua parti yang sekali gus membawa risiko kearah pergaduhan dan pertelingkahan antara dua pihak tanbahan pula dalam pilihanraya kecil di Hulu Selangor ini dibanjiri oleh orang luar yang di hantar oleh kedua-dua parti berkenaan untuk berkempen parti masing-masing.

3. Keganasan bukanlah budaya Penduduk Hulu Selangor baik dari golongan belia hingga ke golongan orang lama kerana di Hulu Selangor memang tertulis sebagai wilayah damai yang selama ini menjadi teras kepada Rakyat di sini.

4. Ini jelas beberapa insiden yang berlaku adalah provokasi dari orang luar yang berniat jahat untuk membawa kekacauan dan secara langsung telah memburukkan emej Hulu Selangor. Inilah yang telah membawa keadaan yang tidak selesa kepada Penduduk tempatan yang sepatutnya diberi kepercayaan penuh dan bebas untuk membuat keputusan tanpa berasa tertekan.

5. Ini bermakna orang luar yang berada di Hulu Selangor telah mendatangkan masalah dan kenyataan ini tidak terkecuali dari mana-mana Parti yang bertanding kerana mereka langsung tidak menghormati hak dan kebebasan Pengundi di Hulu Selangor.

6. Apa yang di inginkan oleh Penduduk Hulu Selangor adalah orang luar haruslah buat cara orang luar tidak perlu menimbulkan provokasi kerana kita sekarang telah berada di zaman abad ke-21 yang sepatutnya kita berfikiran lebih terbuka dan matang.




7. Rakyat yang juga Pengundi Hulu Selangor menuntut agar parti yang mejalankan kempen di sini tidak perlu untuk memburukan secara ketelaluan untuk mengutuk individu lain sebagai jalan untuk meraih undi daripada pengundi di sini kerana pengundi Hulu Selangor telah mendapat pendoman dan menegaskan kesemuanya adalah sama saja.

8. Permintaan terakhir dan yang paling besar sekali dari pengundi Hulu Selangor adalah mengharapkan Parti-parti yang bertanding dalam Pilihanraya kecil ini tidak kira dari BN,PR mahupun Bebas supaya mengadakan debat secara terbuka antara calon-calon yang bertanding untuk Penduduk Hulu Selangor melihat lebih jelas dimana halatuju calon berkenaan dan apakah manifesto dan agenda mereka yang mewakili parti mereka kepada Rakyat tempatan. Siapa yang berani sahut cabaran ini?

Read more...

Anwar Ibrahim Vs Muhyiddin Yassin

Sunday, April 18, 2010

1. Pelbagai teknik dan tektik di gunakan dalam berkempen untuk piilihanraya kecil di Hulu Selangor ini termasuk serangan pribadi kepada pihak lawan. Persaingan di jangka lebih sengit dari jangkaan apabila Hulu Selangor menjadi tempat perkampungan antara parti BN mahupun PR.

2. Muhyiddin Yassin yang dinobatkan dengan gelaran Raja Lawak ditempelak kerana membuat kenyataan nama ketua penerangan MIC itu yang juga sebagai colon BN merangkumi nama “Kamal” mewakili Melayu, “Alan” - nama Cina dan “Nathan” pula nama India mencerminkan konsep 1Malaysia.

3. Ini memaparkan seolah-olah rakyat Hulu Selangor buta pengetahuan dan boleh di perbodohkan. Jika mencerminkan konsep 1Malaysia kita mesti sedar yang Melaysia bukan sahaja terdiri dari bangsa Melayu, India dan Cina malah bangsa Iban, Kadazan dan lain-lain juga tidak harus diketepikan. Munkin BN perlu meletak calon yang namanya lebih panjang dari P Kamalanathan untuk memberi fakta dengan apa yang dinyatakan. Jelas Muhyiddin Yassin telah menjadikan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan jenaka dan gurauan yang besar.

4. Anwar Ibrahim pula menerima gelaran Raja Putar Alam kerana segala percakapannya selalu berbelit lihat sahaja Pembohongan 16 September yang akhirnya omong kosong belaka.

5. Semasa berkempen di Hulu Selangor Anwar Ibrahim ada menyebut bahawa mereka yang keluar PR iaitu ahli parlimen yang sekarangnya bebas merupakan mereka yang tamak untuk mengaut segala projek dan habuan untuk kepentingan peribadi dan ada lebih baik mereka berambus dari parti berkenaan sedangkan kita tahu bahawa mereka yang keluar dari parti berkenaan adalah mereka tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan dan ada juga yang tidak sehaluan dengan kebebasan penggunaan nama kalimah Allah.




6. Sekali lagi dengan pertimbangan akal yang waras kita sedar bahawa kepentingan politik dan kepentingan peribadi Anwar Ibrahim melebihi dari kepentingan negara sebab itu beliu menjaja dan memburukkan nama Malaysia di luar negara.

7. Sebagai pengundi di Hulu Selangor yang di beri mandat untuk memilih pemimpin yang bernaluri rakyat bukan atas dasar politik dan bukan kerana wang yang di taburkan malah tidak kerana lawak jenaka yang sempit dan paling penting tidak terpengaruh dengan kata si pembelit hanya indah bila didengar tapi padah bila disandar.


Read more...

Pengundi Hulu Selangor Tolak PR

Tuesday, April 13, 2010

1. Semalam seperti yang dijangka Pakatan Rakyat (PR) telah memaklumkan bahawa Zahid Ibrahim sebagai calon untuk mewakili PR dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan di Hulu Selangor tak lama lagi Manakala BN pula dijangka akan membuat keputusan pada 15hb.

2. Perletakan Zahid ibarat meletak tunggul kelapa yang sememangnya tidak memberi makna kepada Penduduk di Hulu Selangor bukan sahaja dia orang luar malahan kelihatan lebih kerdil di pandangan Pengundi di sini.

3. Umum mengetahui bahawa perjuangan PR adalah memperjuangkan politik Anwar Ibrahim untuk mengapai cita-cita beliau yang rakus untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kemenangan PR sebelum ini di Hulu Selangor selain diberi mandat untuk mentadbir Negeri Selangor bukan kerana Rakyat mahukan PR tetapi memberi iktibar kepada BN yang terleka seketika.

4. Walaupun PR telah merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihanraya yang lalu namun tanpak kegiatan politik melebihi dari tugasan yang sepatutnya diberikan kepada Rakyat ataupun penduduk di sini sehinnga melahirkan rasa bosan untuk memilihnya lagi.

5. Semasa berkempen, para pemimpin PR baik dari Keadilan,Dap mahupun Pas semuanya berbahasa agak angkuh mungkin lebih sesuai dengan perkataan sombong yang boleh dilebelkan kepada mereka.

6. Api yang yang dibarakan menggambarkan semanggat perjuangan PR hanya berkobar-kobar semasa Pilihanraya sahaja demi kepentingan politik murahan mereka yang suka memburuk-burukkan orang sedangkan sendiri pun kelihatan tak sempurna malahan lebih teruk lagi.




7. PR bukan sahaja tidak layak menjadi pemimpin yang boleh diharapkan malahan turut memecah belahkan antara kaum dan ini jelas terbukti dari sifat mereka yang angkuh dan suka melaga-lagakan orang. Mereka lebih gemar berpolitik secara murahan tanpa memikirkan maruah bangsa,agama dan negara.

8. Kesimpulan yang perlu dinyatakan disini adalah Pengundi di Hulu Selangor lebih bijak dari mereka sangkakan dan tidak tersentuh dengan lakonan mereka yang sememangnya gila kuasa tanpa bijak membuat kerja.

Read more...

Memilih MIC Mungkin 1 Kesilapan

Wednesday, April 7, 2010


1. Pada 25 april ini Pilihanraya kecil akan diadakan di Hulu Selangor dan pastinya menjadi rebutan antara BN dan PR. Ini kerana BN bercita-cita merampas kerusi tersebut yang dahulunya memang milik mereka sebelum ia dirampas oleh PR pada PRU yang lalu.

2. Hari ini PM yang juga selaku pengerusi BN mengumumkan bahawa MIC akan bertanding di kerusi berkenaan walaupun suara akar umbi berkata sebaliknya. Meletakkan MIC mungkin satu kesilapan dan mungkin membawa padah kepada BN kerana mengabaikan kehendak Rakyat yang jelas kini lebih matang dalam menimbang sesauat keputusan.

3. Memang benar ianya asal dari kerusi MIC tetapi apa maknanya dapat kerusi tetapi tak dapat menang? Bukankah yang menghakimi sesuatu pilihanraya ialah Rakyat jelata. Namun ia terpulang pada pucuk pimpinan parti berkenaan.

4. PR pula dilihat sedang cuba sedaya upaya menjelaskan isu YBK yang hangat diperkatakan sebelum ini. Mungkin dapat menanam rasa terkilan Rakyat kepada Pemerintahan dahulu yakni BN kerana tanah yang diberi kepada YBK agak terlebih sudah sedangkan rata-rata Rakyat di sini pun tidak mempunyai sebidang tanah.




5. Mungkin juga kematangan Rakyat masa kini bakal memperlihatkan sesuat yang tidak dijangka dalam memilih calon pilihan mereka. Kemungkinan besar Rakyat Hulu Selangor mengalu-alukan kehadiran calon dari Bebas yang pastinya meletakan tugasan melebihi dari kepentingan politik.

6. Rasa bertuah peduduk Hulu Selangor terlakar juga bilamana adanya Pilihanraya ini, baru lah banyak pihak mengambil berat akan nasib penduduk disini walaupun baru secebih dokongan yang diberi. Apa yang penting diharapkan ialah Hulu Selangor kekal dengan kawasan damai dan aman makmur tidak seperti di kawasan Bandar yang penuh dengan tekanan alam sekitar.

Read more...

Kerusi Parlimen Hulu Selangor

Friday, March 26, 2010

1. Kerusi Parlimen Hulu Selangor yang kini kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, daripada Parti Keadilan Rakyat malam tadi kerana sakit barah.

2. Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan memanggil pilihan raya kecil bagi kawasan tersebut dalam tempoh 60 hari dan pastinya ia akan menjadi pentas perebutan yang senggit antara BN dan PR.

3. Umum mengetahui sokongan rakyat terhadap PR kian pudar ditambah lagi dengan krisis dalaman parti tersebut. Ini berbeza dengan situasi BN yang mana slogan 1Malaysia dilihat mendapat sambutan dan tindakbalas yang baik dari semua pihak.

4. Secara jujur saya berpandangan bahawa BN berpeluang merampas kembali kerusi parlimen Hulu Selangor sekiranya Umno diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang.


5. Ini kerana Hulu Selangor mempunyai 63,000 pengundi, 51 peratus daripadanya Melayu, 26 peratus Cina dan 19 peratus kaum India selain kira-kira 1,000 pengundi Orang Asli.




6. Jadi BN seharusnya perlu lebih peka dengan kehendak Rakyat jika ingin merampas kembali kerusi yang dahulunya ialah kubu kuat BN.

7. Tidak ketinggalan juga harapan yang besar dilahirkan oleh penduduk di Hulu selangor agar jalan raya dapat digantikan dengan yang baru seperti mana pilihan raya kecil di ijok ia boleh di anggap pelaburan yang baik.

Read more...

Isu Tanah YBK

Tuesday, February 9, 2010

1. Isu ini tanpak tiada kesudahan setelah ianya berlanjutan sehingga ke hari ini masih lagi menghiasi ruangan akbar tempatan. Tunggakan cukai sejak 13 tahun lalu yang telah mencecah RM 5.7 juta menjadi perbalahan antara kerajaan negeri dan YBK.

2. Isu ini menjadi lebih keruh apabila ia dipolitikan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan dunia politiknya dan menunjukan kepada rakyat seolah-olah dianak tirikan oleh pihak pentadbir.

3. Setelah 13 tahun tanah itu terbiar tanpa ada sebarang usaha dan dalam masa yang panjang itu jugalah tidak langsung peka akan cukainya dan baru sekarang nak tunjuk bahawa dialah wira di Hulu Selangor.


4. Saya tidak berpihak dimana-mana cuma apa yang harus di ingat bahawa ramai lagi di kalangan rakyat selangor tidak mempunyai sekakang kera tanah apatah lagi berhektar-hektar. Lain yang terjadi di YBK atas tiket basmi kemiskinan mempunyai tanah seluas 876 hektar.

5. Tanah YBK yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri semasa pemerintah sebelumnya harus ditarik balik demi kebaikan rakyat selangor setelah ia dipulun oleh keroni sesama sendiri.

6. Sudah jelas lagi bersuloh, ini lah punca kekalahan teruk BN di selangor sehingga tumbang dan dirampas oleh pembangkang hanya kerana masalah kroni. Sebagai penduduk setempat, saya tidak kisah jika pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah tidak menjadi kenyataan tetapi saya kesal jika kerajaan negeri sekarang tidak bertindak untuk merampas tanah yang sebenarnya hakmilih rakyat.


Read more...

Kerajaan Negeri Mahu laporan Audit Kewangan YBK

Tuesday, January 12, 2010

Kerajaan Negeri Selangor menyeru kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) untuk membuat laporan audit yang memperincikan perjalanan kewangan dan pentadbiran harta yang telah diberikan untuk menjalankan program membasmi kemiskinan.

Mengikut pemantauan Kerajaan Negeri, YBK tidak pernah mengeluarkan laporan audit berkenaan akaun kewangan dan urusan pentadbiran selama lima tahun ini dan bagaimana duit serta harta yang diperuntukkan untuk program membasmi kemiskinan dijalankan.
Setiausaha Politk kepada Menteri Besar Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan akhbar hari ini berkata, Kerajaan Negeri bersedia memberi peruntukan supaya laporan audit dapat dibuat dengan segera memandangkan harta dan bantuan kewangan bernilai ratusan juta ringgit telah diberikan kepada YBK.

Katanya, Kerajaan Negeri berharap semua badan bukan kerajaan (NGO) menyokong usaha ini bagi memastikan YBK menjalankan programnya dengan lebih telus dan bertanggungjawab supaya program yang rencanakan boleh memberi manfaat kepada golongan miskin.

“Perkara ini mungkin tidak timbul dahulu kerana pentadbiran terdahulu dibawah Kerajaan Barisan Nasional tidak memberi keutamaan kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban sehingga ada aduan yang mengatakan program YBK berbaur kepentingan politik dan tidak berlandaskan keperluan atau kemiskinan,” katanya.

Oleh itu menurut Nik Nazmi, Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang berusaha supaya program membasmi kemiskinan oleh YBK dijalankan dengan baik agar ianya dapat memberi manfaat kepada semua orang tanpa mengira kaum, agama atau sentimen politik.

“Atas sebab itulah pada 20 Oktober lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk melantik Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi YBK sementara Exco Kebajikan sebagai anggota lembaga.

“Kami tidak menolak kemungkinan perkara ini dibangkitkan sekarang kerana sesetengah pihak yang berkepentingan khuatir pengambilalihan ini akan merugikan mereka. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap dengan pendirian supaya nasib semua rakyat miskin akan terbela,” katanya.



Jawablah Dato' Zainal Sakom..

Read more...

  © Blogger templates 1HuluSelangor by 1HuluSelangor 2010

Back to TOP