Siapa Zaid Ibrahim?
Thursday, April 22, 2010
1. Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat kemunculan mengejut dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor malam tadi, walaupun minggu lalu mengatakan tidak akan berkempen di sini, mengibaratkan calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim sebagai “katak.”
2. “Dulu dia dalam Umno jadi menteri, lepas itu dia melompat ke pembangkang… kaki belakang dia cukup kuat kerana sekarang dia dapat jadi calon pembangkang.“Kita tak sepatutnya pilih atau percaya orang yang suka melompat macam ini. Nasihat saya jangan pilih orang macam itu,” kata bekas pengerusi Barisan Nasional (BN) ini.
3. “Nanti dia mabuk entah apa yang dibuatnya. Dia tak berjudi tapi ada kuda lumba. Saya pun ada kuda 30 ekor tapi bukan kuda lumba. Dia mengakui ada kuda lumba tapi dia kata dia tak berjudi, saya tak faham ni,” kata Dr Mahathir lagi yang hadir ceramah di Serendah semalam.
4. Zaid Ibrahim dengan bangganya mengakui bahawa beliau adalah seorang peguam yang berjaya sedangkan Dr Mahathir semalam mendedahkan dan menggambarkan bahawa Zaid Ibrahim adalah seorang yang lupa diri kerana lupa atas jasa kerajaan yang memberinya dan menyerahkan kepadanya tugas surat perjanjian berkaitan kerajaan sehingga beliau sekarang mempunyai 130 peguam dibawahnya sedangkan mukanya pun kita tak pernah nampak di Mahkamah.
5. Pada Pilihanraya di Hulu Selangor kali ini Zaid Ibrahim membawa misi Anak Muda Kita, Tanah Kita & Air Kita seakan mengundang gelak ketawa Pengundi Hulu Selangor kerana ini semua akan diterangkan satu-persatu.
# Anak Muda
Kononnya ingin menukar Bukit Beruntung dan Lembah Beringin menjadi pusat pendidikan, perniagaan dan pembudayaan di Selangor bagi mengelak anak muda disini merantau ke kawasan lain. Zaid pernah menjadi ahli parlimen Kota Bharu dari tahun 2004 ke 2008. Beliau yang mewakili Barisan Nasional - UMNO mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat Jadi adakah selama masa itu beliau berjaya mewujudkan peluang pekerjaan agar Anak Muda di sana tidak berhijrah ke luar bagi mencari pekerjaan? Sudah tentu tidak sama sekali mungkin itu harapan untuk meraih undi.
# Tanah
Bermimpi akan menukar Hulu Selangor menjadi pusat utama Pelancongan Hijau (Eco) dan Warisan Semulajadi dalam negeri. Rasanya Hulu Selangor dah cukap hijau dengan pokok-pokok yang menghiasi kawasan sekitar dan telah dinobatkan sebagai kawasan bersejarah pun. Mungkin Zaid Ibrahim perlu pandang lebih jauh lagi untuk tanah ditempat kelahirannya kerana sehingga hari ini orang luar tidak dapat membeli tanah di sana berbanding sini semuanya bebas untuk dimiliki oleh sesiapa.
# Air
Semua Rakyat selangor dibekalkan dengan air yang bersih walaupun ada segelintir yang mungkin jauh kependalaman tidak dapat merasai sepenuhnya namun keadaan ini sama juga yang terjadi di negeri kelahiran Calon PR ini.
6. Misi yang diutarakan tidak lebih dari meraih undi bukannya sebulat hati. Rakyat Hulu Selangor akan sendiri menilai siapa sebenarnya Zaid Ibrahim sebab orang Hulu Selangor cukup geli dengan katak.