Memilih MIC Mungkin 1 Kesilapan
Wednesday, April 7, 2010

1. Pada 25 april ini Pilihanraya kecil akan diadakan di Hulu Selangor dan pastinya menjadi rebutan antara BN dan PR. Ini kerana BN bercita-cita merampas kerusi tersebut yang dahulunya memang milik mereka sebelum ia dirampas oleh PR pada PRU yang lalu.
2. Hari ini PM yang juga selaku pengerusi BN mengumumkan bahawa MIC akan bertanding di kerusi berkenaan walaupun suara akar umbi berkata sebaliknya. Meletakkan MIC mungkin satu kesilapan dan mungkin membawa padah kepada BN kerana mengabaikan kehendak Rakyat yang jelas kini lebih matang dalam menimbang sesauat keputusan.
3. Memang benar ianya asal dari kerusi MIC tetapi apa maknanya dapat kerusi tetapi tak dapat menang? Bukankah yang menghakimi sesuatu pilihanraya ialah Rakyat jelata. Namun ia terpulang pada pucuk pimpinan parti berkenaan.
4. PR pula dilihat sedang cuba sedaya upaya menjelaskan isu YBK yang hangat diperkatakan sebelum ini. Mungkin dapat menanam rasa terkilan Rakyat kepada Pemerintahan dahulu yakni BN kerana tanah yang diberi kepada YBK agak terlebih sudah sedangkan rata-rata Rakyat di sini pun tidak mempunyai sebidang tanah.
5. Mungkin juga kematangan Rakyat masa kini bakal memperlihatkan sesuat yang tidak dijangka dalam memilih calon pilihan mereka. Kemungkinan besar Rakyat Hulu Selangor mengalu-alukan kehadiran calon dari Bebas yang pastinya meletakan tugasan melebihi dari kepentingan politik.
6. Rasa bertuah peduduk Hulu Selangor terlakar juga bilamana adanya Pilihanraya ini, baru lah banyak pihak mengambil berat akan nasib penduduk disini walaupun baru secebih dokongan yang diberi. Apa yang penting diharapkan ialah Hulu Selangor kekal dengan kawasan damai dan aman makmur tidak seperti di kawasan Bandar yang penuh dengan tekanan alam sekitar.