Silapnya Penyokong Tegar
Wednesday, April 28, 2010
1. Keputusan Pilihanraya kecil di Hulu Selangor yang lalu berpihak kepada BN dengan majoriti 1,725 undi dan bukan 6,000 seperti yang dijangka mereka. Kini BN telah merampas semula kerusinya dengan taburan pelbagai janji dan ternyata berhasil.
2. Mungkin BN perlu sedar bahawa sokongan kepada mereka kali ini hanya berdasarkan janji mereka bukan dengan sokongan sepenuh hati dari pengundi malah rata-rata adalah pengundi katak bukannya penyokong tegar parti berkenaan.
3. Ada lebih baik menjadi penyokong seperti katak yang bisa lompat ke mana-mana tanpa rasa bersalah mahupun terkilan, jelas mereka mengundi bukan kerana kesetiaan kepada parti tetapi mereka mengundi kerana kepentingan mereka.
4. Mengikut maklumat, pengundi katak telah pun belajar dari kesilapan dan pengalaman mereka lalu menampilkan cara dan sikap baru yang berbeza dari sebelumnya. Kelebihan yang ada pada mereka lebih tinggi dari penyokong tegar BN kerana meraka lebih banyak menerima dari memberi.
5. Silapnya penyokong kuat dan setia ini tidak pandai untuk mengharapkan apa-apa dan oleh kerana itu lah mereka yang menyokong bagai nak gila tak dapat apa tetapi penyokong katak pula menerima pelbagai saguhati dari pihak BN.
6. Pengundi masa kini tidak lagi memandang perjuangan parti tetapi menoleh dan memilih kepentingan sendiri. Ini adalah isyarat jelas bahawa BN boleh jatuh semula pada bila-bila masa jika tidak mampu lagi meyakini rakyat.
7. Bahayanya politik tabur janji akan menyebabkan semakin ramai rakyat yang akan menjadi pengundi katak daripada pengundi tegar yang sentiasa menyokong parti dan kerajaan hasil dari semanggat kepartian dan perjuangan asli.