Permintaan Rakyat 1 Hulu Selangor
Monday, April 19, 2010
1. Rakyat Hulu Selangor kian meluat dan bosan dengan perkembangan pelbagai kempen di sini yang dianjurkan baik dari BN mahupun PR kerana pergi ceramah BN orang PR diburukkan dan begitu juga singgah di ceramah PR orang BN di kutuk-kutuk.
2. Jadi Rakyat Hulu Selangor dikelirukan dengan permainan politik oleh kedua-dua parti yang sekali gus membawa risiko kearah pergaduhan dan pertelingkahan antara dua pihak tanbahan pula dalam pilihanraya kecil di Hulu Selangor ini dibanjiri oleh orang luar yang di hantar oleh kedua-dua parti berkenaan untuk berkempen parti masing-masing.
3. Keganasan bukanlah budaya Penduduk Hulu Selangor baik dari golongan belia hingga ke golongan orang lama kerana di Hulu Selangor memang tertulis sebagai wilayah damai yang selama ini menjadi teras kepada Rakyat di sini.
4. Ini jelas beberapa insiden yang berlaku adalah provokasi dari orang luar yang berniat jahat untuk membawa kekacauan dan secara langsung telah memburukkan emej Hulu Selangor. Inilah yang telah membawa keadaan yang tidak selesa kepada Penduduk tempatan yang sepatutnya diberi kepercayaan penuh dan bebas untuk membuat keputusan tanpa berasa tertekan.
5. Ini bermakna orang luar yang berada di Hulu Selangor telah mendatangkan masalah dan kenyataan ini tidak terkecuali dari mana-mana Parti yang bertanding kerana mereka langsung tidak menghormati hak dan kebebasan Pengundi di Hulu Selangor.
6. Apa yang di inginkan oleh Penduduk Hulu Selangor adalah orang luar haruslah buat cara orang luar tidak perlu menimbulkan provokasi kerana kita sekarang telah berada di zaman abad ke-21 yang sepatutnya kita berfikiran lebih terbuka dan matang.
7. Rakyat yang juga Pengundi Hulu Selangor menuntut agar parti yang mejalankan kempen di sini tidak perlu untuk memburukan secara ketelaluan untuk mengutuk individu lain sebagai jalan untuk meraih undi daripada pengundi di sini kerana pengundi Hulu Selangor telah mendapat pendoman dan menegaskan kesemuanya adalah sama saja.
8. Permintaan terakhir dan yang paling besar sekali dari pengundi Hulu Selangor adalah mengharapkan Parti-parti yang bertanding dalam Pilihanraya kecil ini tidak kira dari BN,PR mahupun Bebas supaya mengadakan debat secara terbuka antara calon-calon yang bertanding untuk Penduduk Hulu Selangor melihat lebih jelas dimana halatuju calon berkenaan dan apakah manifesto dan agenda mereka yang mewakili parti mereka kepada Rakyat tempatan. Siapa yang berani sahut cabaran ini?