Kerana Apa Calon Bebas Hilang
Tuesday, April 20, 2010
1. Dalam ura-ura bahawa pengundi Hulu Selangor bakal memberi mandat kepada calon bebas akhirnya tidak menjadi kenyataan malah terpaksa menyaksikan 1 lawan 1 antara BN dan PR berbanding sebelum ini 2 calon bebas yang menawarkan diri iaitu V S Chandran dan Johan Mohd Diah untuk bertanding pada pilihanraya kecil di Hulu Selangor pada 25 April ini.
2. Kerana apa calon bebas yang pada mulanya bersemanggat dan berkobar akhirnya terkorban di tengah jalan? Mengikut hukum akal mana mungkin seorang calon bebas itu berani membuat sesuatu yang memalukan diri sendiri dengan menarik diri sebelum bertanding.
3. Tetapi yang terjadi berlaku sekali dua calon bebas berundur dari meneruskan pertandingan dan bertekad untuk memberi sokongan kepada BN. Kerana apakah hal ini berlaku? Adakah tekanan yang kuat oleh pihak-pihak tertentu ataupun disogok untuk memenuhi tembolok calon bebas berkenaan?
4. Saya secara jujur tidak menuduh adanya dalang bagi memperlihatkan calon bebas berkenaan menarik diri tetapi berasa pelik apabila kedua-duanya sudi memberi sokongan kepada BN untuk menghadapi pilihanraya kecil di Hulu Selangor ini.
5. Mungkinkah kedua-dua calon bebas itu menyenaraikan diri untuk bertanding semata-mata untuk popular tanpa ada sebarang agenda yang untuh untuk membawa Hulu Selangor ke paras yang terbaik.
6. Seperti yang sedia maklum bahawa parti BN dan PR telahpun diberi ujian dan keyakinan untuk memperjuangkan nasib penduduk dan juga pengundi Hulu Selangor namun kedua-duanya adalah serupa tapi tak sama.
7. Banyak lagi isu yang tak dapat diselesaikan baik dari BN mahupun PR memerintah misalnya tanah di Sungai Buaya semasa era pimpinan Tan Sri Muhammad bin Haji Muhammad Taib, tanah penduduk dibeli untuk pembanggunan namun pemilik tanah berkenaan tidak mendapat wang seperti yang dijanjikan.
8. Pemilik rumah di Bukit beruntung kerugian besar apabila nilai rumah meraka jatuh berlipat kali ganda dari harga asal dan kini memperlihatkan Bukit Beruntung sebagai pekan koboi yang pembanggunannya terencat.
9. Di serata Hulu Selangor jelas lebih ketinggalan dari daerah-daerah lain yang ada di selangor yang menunjukkan kemajuan sedangkan Hulu Selangor jauh tercicir dan ini sekali gus menyukarkan Penduduk Hulu Selangor meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka dan kebanyakkan dari mereka adalah berpendapatan meskin dan tidak kurang juga meskin tegar yang mana pendapatan mereka hanya mencecah RM 400 sahaja.Lihat sahaja Kuala Kubu Bharu (Hulu Selangor) dan bandingkan dengan sempadannya Tanjung Malim (Daerah Negeri Perak) jelas Hulu Selangor jauh kebelakang.
10. Dan banyak lagi kupasan yang saya tidak huraikan kerana saya percaya semuanya sedia maklum cuma saja menutup mata dan memekakkan telinga masing-masing dari terus menjawab persoalan yang dilontarkan. Baik BN mahupun PR isu ini semua dipandang rendah maka adalah menjadi kesalan Penduduk Hulu Selangor yang baru ingin merasakan khidmat Ahli Parlimen Bebas tidak kesampaian bahkan terpaksa memilih yang antara duanya memang bukan pilihan di hati.